Saturday, May 23, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi 2015

SK Muzaffar Syah sekali lagi telah di jemput untuk menjayakan pameran sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi di SJKC Mawai.





Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015 di Kedah, SK Muzaffar Syah telah dijemput untuk menjayakan pameran mewakili Johor.






Friday, May 22, 2015

Hari Guru 2015



‘Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak’,merupakan tema hari guru 2015. Pemilihan tema ini adalah amat bersesuaian dengan peranan guru kerana sejak dahulu lagi, guru merupakan insan yang membuka minda, membangunkan dan menggalakkan ilmu membaca, menulis dan mengira bagi memimpin anak-anak demi mencapai kejayaan dengan menerapkan nilai murni dalam kehidupan harian mereka.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-44 yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Jitra Kedah. Sambutan hari guru tahun ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian, sajak dan tarian daripada pelajar dan guru sekolah.

Bersempena dengan sambutan hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Datuk Dr Haili Dolhan diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan manakala bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghaffar Mahmud dianugerahkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan.

Kedua-dua anugerah tinggi sektor pendidikan negara itu telah disampaikan Timbalan Perdana Menteri pada majlis sambutan yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Turut hadir pada sambutan hari ini ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kalamanathan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.